Latar Belakang

Unit Kebudayaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni telah ditubuhkan pada 1 April 2013 dan kemudiannya telah dinaik taraf kepada Pusat Kebudayaan pada Januari 2014.

Pada awalnya operasi dan pejabat Am Pusat Kebudayaan tertumpu pada Blok A di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) namun pada tahun 2017 Pusat Kebudayaan telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan Panggung Percubaan di Kampus Sultan Azlan Shah(KSAS).

Penyerahan bangunan tersebut bertujuan membudayakan Seni Budaya dalam kalangan warga UPSI. Penumpuan operasi di KSAS lebih strategik memandangkan majoriti warga UPSI khususnya pelajar ditempatkan di kolej-kolej kediaman. Ini menjadikan capaian kepada warga UPSI lebih mudah untuk sebarang penganjuran aktiviti Pusat Kebudayaan.

Selain itu, Pusat Kebudayaan menyediakan perkhidmatan sewaan (boleh rujuk di menu Perkhidmatan dan Kemudahan) dengan kadar yang berpatutan.