Dari meja pengarah

Kategori: Malay

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,utusan

 

Alhamdulilah kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana Pusat Kebudayaan berjaya menghasilkan laman web sendiri setelah sekian lama diwujudkan. Laman ini menjadi wadah perkongsian maklumat dan ilmu dalam menjayakan program dan aktiviti yang dilaksanakan.

 

Secara dasarnya, Pusat Kebudayaan telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program dalam mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat khususnya pelajar terhadap kepentingan seni dan budaya dalam kehidupan. Dalam usaha mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni selain daripada memupuk semangat Perpaduan kaum ke arah gagasan 1Malaysia,langkah ini merupakan pembangunan mental dan spiritual secara harmoni.

 

Segala makluman berkaitan program dan aktiviti ilmu ini dapat dikembangkan lagi melalui laman web ini.

 

Adalah digalakkan untuk para pengguna memanfaatkan laman web ini dalam usaha mempertingkatkan kualiti pengurusan sistem maklumat Pusat Kebudayaan dan sebagai salah satu hubungan Pusat Kebudayaan dengan pelajar dan agensi luar.

 

Saya berharap semoga dengan kewujudan laman  web ini akan menjadikan Pusat Kebudayaan lebih proaktif dan cemerlang di masa kelak.Apapun syabas kepada semua warga Pusat Kebudayaan kerana telah banyak berjaya melaksanakan pelbagai program dan aktiviti Pusat Kebudayaan,MAKUM dan Universiti.

 

NURFAIZAL FARIZ BIN SAHDAN

Pengarah

Pusat Kebudayaan,Universiti Pendidikan Sultan Idris