Tempahan Bilik Latihan

Para pelajar dan staf boleh menggunakan bilik - bilik latihan untuk aktiviti kesenian seperti latihan muzik, tarian, nasyid, dan pengucapan awam dan lain-lain. Antara bilik latihan yang disediakan untuk tempahan adalah seperti :

  • BILIK LATIHAN MUZIK
  • BILIK LATIHAN PELBAGAI
  • BILIK LATIHAN VOKAL
  • STUDIO TARI


SYARAT DAN PERATURAN PERMOHONAN :

1. Permohonan hendaklah dibuat selewat-lewatnya TIGA HARI sebelum tarikh digunakan.

2. Pemohon diminta untuk membuat semakan terakhir (setelah permohonan diluluskan) dengan menghubungi talian       05-4505446  SEHARI sebelum tarikh penggunaan.

3. Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehilangan/kerosakan alatan yang dipinjam/digunakan.

4. Pihak Pusat Kebudayaan berhak menarik balik kelulusan pinjaman jika berlaku pertindihan program utama universiti yang perlu didahulukan.

5. Pemohon perlu mengisi buku log yang disediakan setiap kali menggunakan bilik tersebut.

Pemohon perlu memuat turun borang di sini (sila klik ikon untuk memuat turun borang permohonan) : pdf icon